Tuesday, 12 February 2013

Mistik....Alhamdulillah kita dilindungi Allah swt..


Salam bebeh... apa khabar semua, kita alhamdulillah sihat walafiat even kita de pengalaman mistik kat rumah mak kita bila balik bercuti raya cina , seram jugak..kita nak dinner, nasi dan lauk dah siap letak dalam pinggan tetiba baru kita nak jamah pinggan kita terbelah dua, pinggan tu pinggan my mum baru beli kat langkawi beberapa bulan lepas, tah pe jenamanya tapi yang memang tahan panas n bole masuk microwave lagi tapi boleh elok je terbelah dua, kita shocked juga n nak makan je tapi my mum terus suruh buang semuanya, my mum said mungkin  ada orang hantar sihir or santau kat kita..ewwww..seram kan..

kita baru teringat yang kita memang selalu amal ayat Bismillah pengerak kat atas tu so Alhamdulillah berkat amalan tu jadi pendinding kita pada sihir yang mungkin di hantar oleh siapa pun kita tak tahu la, kita harap hamba Allah tu bertaubat la ya, tiada kuasa selain kuasa Allah yang Maha berkuasa kan..kita yakin dengan kuasa Allah semata mata insyaAllah... kat bawah ni pengalaman orang yang juga beramal dengan ayat pengerak ni :


 Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

So jom mkita beramal gan ayat pengerak ni untuk hindari sihir dan segala niat jahat orang yang jahat macam syaitan..

Ok bebeh, take care ya, jom doa semoga orang jahat semua tak ada dalam hidup kita, see u in next entry k, ada kerja pulak nak kena buat ni, love u, salawat n zikir n istigfar jangan lupa tau, tata n wassalam :)

No comments: