Monday, 21 January 2013

Salam 2013


Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya (2x)

Robbi zidni i`lman nafia`
Wawafiqni a`malan maqbula
Wawahabli rizqon wasia`
Watub a`laina taubatan nasukha (2x)
~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…



Salam bebeh...Dah 21 hari 2013 berlalu, kita baru nak ucap salam 2013, pape pun better late than never kan, Alahamdulillah masih sihat, segar, happy menikmati kurniaan hidup dari Allah swt yang Maha pengasih lagi Maha penyayang...

Banyak betul cabaran 2013 ni..apapun tidak dinamakan hidup jika tiada ujian kan, sesungguhnya kita datang ke dunia ini untuk di uji siapakah yang paling bertaqwa antara kita kepada Allah swt yang menciptakan kita ...

Jom cuci hati yang hitam berkarat dengan istigfar..Jom banyakakan sunat Taubat untuk mengusir segala dosa dan noda yang banyak terpalit di jiwa dan minda kita yang satu itu...

Jom kita berusaha untuk menjadi SABAR dan REDHA dengan apa jua QADA dan QADAR Allah swt untyuk kita, insyaAllah ganjaran di sana amat lah tidak ternilai, yakin lah janji Allah swt itu BENAR BELAKA...

InsyaAllah selepas ni kita akan rajin rajin balik update Blog ni, Terima kasih pada yang sudi berkunjung walau tak ada entry baru, semoga perkongsian selepas ini makin banyak manafaat untuk diriku, anak cucuku dan anda readers yang budiman..love u bebeh...

Ok darling, take care, banyakkan istigfar, sebanyak yang mampu, biar mulanya hanya dibibir tak sampai kehati, kerana setiap istigfar akan padamkan titik hitam dosa dosa nan lalu dihati kita, mungkin istigfar tak sampai ke hati sbb sangatlah hitam legam  hati kita ya...huhuhu

Dua tiga hari lagi maulud nabi Muhammad saw kan, betapa kita rindukan Rasulullah saw, selalu berangan menangis di ribaan baginda saw mengadu segala galau di hati ini, insyaAllah kalau kita rajin bersalawat, kita pasti dekat dgn Baginda di sana..insyaAllah...

Istigfar dan salawat jadikan amalan dimana saja insyaAllah kan bebeh...semoga hati kita bersih, putih seputih salju sehingga syaitan takut nak melihat rupa mereka yang hodoh di pantulan hati kita yang bersih bersianar seperti cermin itu..insyaAllah..

Jumpa lagi bebeh..LA TAHZAN, Jangan Bersedih..ALLAH swt is ALWAYS with us...insyaAllah... Love u bebeh..always have, always will..insyaAllah....  Tata n wassalam ya :)

3 comments:

Sweetie said...

Tak kisah cepat atau lambat nak ucap Selamat Tahun Baru...

Kalau tiada cabaran... hidup pasti sunyi... mungkin juga tak seronok... sebab cabaran itu mengajar kita berusaha dan berfikir...

Menangis di riba Rasulullah... alangkah indahnya... tp mampukah kita...

Aziela said...

Salam tahun baru juga...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

mana Kak Su hilang????

selamat juga utk kak Su manisssssssss