Tuesday, 22 January 2013

Jemputan ke rumah Allah swt @ masjid


Salam bebeh...apa khabar hari ini, moga dirahmati Allah swt selalu ya, hidup kita ni kekdahnya hanya untuk cari ampunan, redha dan rahmat Allah swt, insyaAllah kita semua selamat dunia Akhirat...aamiiin..

cantik gambar kat atas tu kan, semoga Allah swt bagi kredit pada pegambil gambar, kita cari kat googles n share sini sbb suka tenguk gambar masjid kristal yang lokasinya di Terengganu, kampung kita lah ni.....hubby kita penah bawak my mum n anak anak jenjalan kat sini tapi pica nya kat mane tah, kat sini ada taman tamadun islam so de banyak replica masjid all over the world kita boleh tenguk.  Kat masjid kristal ni boleh masuk dan buat solat tahiyatul masjid la kalau g siang, nak solat dhuha pun boleh, nak solat hajat pun boleh, nak solat taubat pun boleh kalau belum masuk waktu solat lagi gitu..

Sebenarnya kita nak share pasal panggilan ke rumah Allah @ masjid, kita orang perempuan ni eloknya solat di rumah sbb takut banyak fitnah kalau kita keluar rumah tapi tidak lah pula kita di larang ke masjid, Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadilat (keutamaannya) lebih besar dibandingkan dengan solat berjemaah di masjid.

 Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud: �Solat di bilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu�. (riwayat Ibn Khuzaimah) 

Di dalam hadis lain Rasulullah bersabda: �Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka�. (riwayat Ibnu Khuzaimah) 

Berkata Imam Asy Syaukani r.h ketika menjelaskan lafaz �Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka�, maksudnya adalah �Solat mereka (wanita) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan solatnya di masjid�.

Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya�. (al-Syaukani, Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa solat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada solat di masjid. 

Telah menjadi ijmak (kesepakatan) para ulama bahawa Rasulullah tidak mencegah sama sekali para wanita untuk solat berjemaah di masjid bersama beliau sehingga wafatnya. 

Demikian pula para Khulafah Rasyidin sesudah beliau SAW. Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah satu wanita di antara kalian meminta izin ke masjid, maka janganlah kalian cegah mereka. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kalian melarang hamba (para wanita) Allah ke masjid-masjid Allah. (riwayat al-Bukhari)

Menyoroti hadis-hadis di atas, Imam Nawawi r.a berkata: Hadis ini dan yang semisalnya (menjelaskan) dengan jelas sekali bahawa wanita tidak dilarang pergi ke masjid. Akan tetapi dengan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh para ulama yang diambil daripada hadis-hadis iaitu: Tidak memakai wangi-wangian, tidak tabarruj (berhias-hias, bersolek-solek), tidak memakai gelang kaki yang dapat terdengar bunyinya, tidak memakai baju yang mewah, tidak berikhtilat dengan kaum lelaki dan bukan gadis yang dengannya dapat menimbulkan fitnah, tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya di jalan yang akan dilalui. Apabila dia mempunyai suami atau tuan dan terpenuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, maka dimakruhkan melarang mereka ke masjid. Namun jika dia belum/tidak mempunyai suami atau tuan, maka diharamkan melarang mereka ke masjid apabila terpenuhi syarat-syarat di atas. (Syarh Shahih Muslim 4:382-383).

So tak salah la kita orang perempuan nak solat kat masjid sebab kita ada dengar dalam rancangan Al hidayah ustazah tu bagitahu sesiapa yang hatinya gundah gulana, galau selalu jemput lah ke masjid bersolat untuk mencari ketenangan, betul lah kan kalau masuk masjid tu rasa lapang je, best je, sbb most masjid sekarang cantik cantik dan sangat selesa..

Anyway jemputan ke rumah Allah swt @masjid ni special sebenarnya sbb jangan fikir tak ke masjid tu malas or mmg tak nak pergi, sebenarnya kita tak dijemput...huhuhu, sedih kan..ni especiallay untuk orang lelaki yang di tuntut solat berjemaah di masjid tiap waktu sebenarnya...

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah. Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a: Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.


Ok la bebeh, tu je kita nak kongsi today, kalau de kesempatan jom la kita ke masjid solat berjemaah, semoga ketenangan hati dan fikiran yang kita cari akan Allah swt bagi pada kita semua..insyaAllah..

Take care bebeh, salawat banyak banyak k..love u..tata n wassalam.


1 comment:

Azian Elias said...

jazakallah for sharing dear..