Friday, 28 September 2012

Setiap perbuatan mulakan dgn niat dan lafaz :))


Bismillahirrahmanirrahim... Salam jumaat yang Barakoh bebeh..semoga kita dirahmati dan diampuni Allah swt selalu hingga akhir hayat kita, aamin, jom kita usahakan baca surah al kahfi hari ni , sekarang bukan susah pun, x lancar buka je lappy, cari imam masjidilharam yang baca online kt youtube, ikut la pelan pelan, insyaallah kejap je da abis, peh tu kalau rajin baca la maknanya pulak, interesting surah al kahfi ni, magic Allah tidurkan pemuda pemuda dan anjing mereka dalam gua for more than 300 years, dalam gua x bangun bangun, x busuk macam mayat etc, macam biasa je bila Allah swt bangunkan  diaorang balik , MashaAllah, Allahuakbar... then ada cerita Nabi musa as dgn Nabi Khidir as yang tahu apa yg jadi in future,  ada cerita nabi Zulkarnain as dengan yakjuj makjuj, kalau rajin baca , banyak betul kisah kisah menarik dalam Al Quran untuk kita buat panduan dan ambil iktibar, insyaAllah...

Last monday kita pi course kan, interesting juga , pasal mind management, speaker tu masih muda , dalam 35 years old, dari puteh consulting, so dia citer la macam mana kita nak manage kita punya mindset, almaklum la, penyakit zaman mellenium ni ramai orang stress manjang kan.. :)

Yang menarik speaker tu share tentang, kita kalau nak buat apa apa cuba amalkan dengan niat dan lafaz dulu macam kita nak solat so mind kita pun bersedia dengaan kita punya actions, contohnya, niat nak beribadat banyak banyak hari jumaat yang mulia ni, so kita niatlah keran Allah swt nak zikir , nak baca surah alkahfi , nak sedekah etc  lillahitaala. Lafazkan sekadar telinga kita sendiri dengar n isyaAllah our body will react to do it sincerely.

Begitu juga kalau kita nak buat benda tak elok macam nak megumpat ke hapa, so niat la, sahaja aku megumpat sipolan binti sipolan supaya aku dilaknat Allah swt...kikiki...kalau niat dan lafaz macam tu agak agak tergamak tak nak buat jahat etc...bagus jugak benda ni kan, tapi as usual g course bagai ni, banyak sgt benda nak buat, end up satu pun x buat, masa dalam course punya la motivated, dah balik lupee semua..adoiii, so kita selalu ambik satu je yang major n amalkan... yang kita dapat ialah kita ni terlalu dipengaruhi dengan 1st impression dan perceptions yang kita buat dan selalunya perceptions kita selalu negatif, nak manage mind kita, kita kenalah selalu clarify things dengan sesiapa pun dengan BERTANYA , maksudnya kalau kita buat perception dalam mind kita pasal seseorang atau sesuatu, cepat cepat bersangka baik atau terus bertanya untuk dapatkan maklumat yang betul dan benar, so in nutshell kena banyak husnul zhon, sangka baik so insyaAllah semua ok ok aja :)

Ok bebeh, kita nak potong betik nak breakfast dgn air rendaman kurma, Rasulullah saw suka minum air rendaman tamar/kurma so jom kita amalkan sunnah ni sbb apa yang Rasulullah saw buat sure yang the best sbb kan Rasulullah saw itu kekasih Allah swt..Allahuakbar, bertuahnya Rasulullah saw kan, so jom la tumpang tuah Rasulullah saw dgn amalkan sunnah Rasulullah saw mana yang boleh, banyak kan salawat bebeh, nak dapat syafaat Rasulullah saw di sana nanti jangan la malas nak salawat, yang pendek je pun ok, AllahummasollialaMuhammad :))

Ok bebeh , c u in next posting insyaAllah, keep zikir kalau nak jadi VVIP kat surga, keep salawat kalau nak dekat dgn Rasulullah saw disana, sedekah jangan lupa sbb sedekah hapuskan dosa bagai air padamkan api, insyaAllah..

Love u bebeh, take care, tata n wassalam


Thursday, 27 September 2012

Hubungan kita dan para arwah x pernah putus :)


Salam bebeh, SubhanAllahhiwabihamdihi, SubhanAllahilazim.....Innalillahiwainnailaihirajiuun...Al fatihah....  ni pica pusara arwah ayah kita yang dah 7 tahun berpisah alam dengan kita, kita doakan saban hari arwah ayah sentiasa dirahmati Allah swt dan ditempatkan disisi orang orang yang Allah swt kasihi..aamiin

Ok kita nak share tentang hubungan kita dengan para arwah yang sebenarnya tak pernah putus even alam kita sudah berbeza, ada orang rasa terkilan sungguh x mengadap arwah disaat mereka nazak, ada orang tak boleh menerima hakikat yang dikasihi sudah berpisah alam dengan mereka, kita juga macam tu dulu, sedih mestilah sedih tapi sebagai muslim kita mesti yakin kita pasti akan berjumpa para arwah pada satu hari nanti sooner or later, kita kan akan berjumpa kembali di akhirat nanti untuk kehidupan yang abadi, best kan..insyaAllah..alahamdulillah..

Sebenarnya jika sesiapa tidak berkesempatan mengadap arwah semasa habis hayat jangan lah terlalu sedih,  x sempat tenguk jenazah dikebumikan dan sebagainya memang rasa terkilan tapi mari kita positifkan rasa terkilan  pada sesuatu yang positif, kerana rasa terkilan itulah ingatan kita pada arwah lagi kukuh dan insyaAllah ianya akan membuatkan kita tak lupa dan tidak putus putus mendoakan arwah disana kerana rasa bersalah yang tak kunjung padam itu..

kita dengan arwah ayah pun tak sempat untuk lihat jenazah arwah buat kali terakahir, nenda pun sama sebab jarak jauh, pejalanan hampir 6 jam dari KL ke Terengganu mmg tak sempat nak tenguk kalau balik pun, sekarang most peoples dah ada  ilmu tentang menyegerakan pengebumian jenazah, x boleh lengah sampai langkau 2, 3 waktu solat juz because nak tunggu someone balik tenguk, berdosa hukumnya lambat lambat urus kebumi jenazah so nowdays ramai yang tak tunggu dah, so kita redha aja kalau x sempat...

Sebenarnya kalau masa arwah hidup kita tak mampu nak berbakti pada arwah dari segi harta , wang ringgit  even kasih sayang sekalipun adalah lebih baik jika kita masih berbakti pada arwah ketika mereka berada di alam sana kerana mereka akan lebih memerlukannya berbanding dengan mereka disini, kenapa ya, sebab mereka disana dah x boleh buat amal ibadat, kita di dunia masih boleh, amal soleh kita, kita boleh sedekahkan pada para arwah bila bila masapun yang kita mampu, jangan risau x luak pun pahala yang kita sedekah itu, kita masih ada dapat pahala kita juga.  Doa, zikir, bacaan Al Quran , sedekah, kita boleh niatkan untuk para arwah dan insyaAllah mereka lebih menghargainya dari masa kita kat dunia bagi wang ringgit, hadiah  dan sebagainya..insyaAllah..

Jangan lupa para arwah disana especially parents atau datuk nenek moyang kita, mereka sentiasa mengharap doa n pahala amal soleh kita disedekahkan pada mereka, jika kita kat sana pun kita pasti akan mengharap benda yang sama dari our loved one kat dunia, so my anak cucu, pls dont forget me when am there ya, really glad kalau dapat doa dan sedekah amal dari u all nanti, alhamdulillah, insyaAllah...

Ok bebeh, ni aja sharing kita today, semoga sama sama kita dapat manafaat untuk mengamalkannya, biar sedikit tapi istiqamah, insyaAllah..

Take care bebeh, love u muchhh, bak kata kita to hubby tiz morning, hubby nak end call, i love u yang, kita cakap i love u 2, 3, 4, billions...hihihi n hubby kata i love u moreeeeeee...alhamdulillah, terimakasih ya Rabb untuk pagi yang manis ini..

May u also gonna have a sweet day bebeh, insyaAllah.... keep zikir, keep salawat ya..tata n wassalam :))


Tuesday, 25 September 2012

Alfatihah untuk nenda saya , Arwah Meriam binti Deraman

Salam bebeh..maaf la lama da x buat apa apa n3, nak kata sibuk x jugee, belek belek juga org lain punya n3 tapi sendiri punya punyalah liat nak menulis...

BTW semalam nenda kita yang berusia hampir 90 tahun telah kembali ke Rahmatullah, Al fatihah untuk arwah... arwah menghembuskan nafas terakhir di hospital besar Kuala Terengganu due to sakit tua, kita dapat berita masa tengah nak start course kat HQ, sms hubby yang tengah meeting, both of my elder sister  yang called bagi tahu, ingat nak balik ziarah tapi iman tengah final PSRA n hubby pun baru keja tempat baru so susah nak ambil cuti, lagipun mereka kat Terengganu dah bagi tahu takkan tunggu sesapa, lepas zohor aja terus kebumi, called my mum , my mum said x pe la, baca yasin n doa fr here aja, lagipun masa last raya semua anak cucu mmg kumpul jumpa nenek for raya so mmg rezeki we all nak jumpa last masa tu before arwah meninggal...

Actually the day before arwah meninggal, my elder sister called n bagi tahu arwah admitted kat hospital n nampak a bit tenat, so malam tu da siap siap baca yasin 7 mubin, doakan yang terbaik untuk nenek, sihatkan kalau Allah swt bagi rezeki umur panjang, mudahkan kalau dah sampai masa untuk pergi.. n sincerely after baca tu macam ada lintasan hati, arwah cakap, nak pergi dah, n sponteneously kita jawab balik, ya lah n kirim salam to arwah ayah n semua yang lain disana... sbb tu bila my elder sister bagi tahu kita tak terkejut sangat sbb more or less da tahu in advance, so kalau de sesapa yang tenat  boleh la baca yasin mubin macam kita buat, insyaAllah doa kita Allah makbulkan senang untuk mereka..insyaAllah..

Oh ya yasin mubin ni de orang panggil yasin 7 mubin jugak, bacanya macam biasa, cuma bila sampai words mubin tu kita stop n doa sungguh sungguh apa yang kita nak, so kita akan stop 7 kali sbb ada 7 mubin dalam yasin.. untuk semua hajat ok je, jgn nak khianat org sudah la kan, tak baik la pulokk mcm tu..hehe

so semalam lps maghrib pun kita ada baca yasin untuk arwah, ingat nak buat 3 malam, insyaAllah, ya lah bila dah kat sana hanya doa n amal baik yang kita sedekahkan insyaAllah sampai pada mereka kan..insyaAllah...

Ok la bebeh, ada kerja nak kena buat ni, nak kena email something kat kawan, so tqsm kalau sudi sedekah Alfatihah untuk nenda kita ya, May Allah swt bless u guys for yr kindness, zikir n istigfar selalu bebeh, kita pun bakal menyusul arwah arwah semua, soon or later itu keja Allah swt tapi yang penting bekal kena ada kan..insyaAllah...

love u, take care, see u in next N3 ya..tata n wassalam