Tuesday, 29 May 2012

Today is my BIRTHDAY..alhamdulillah

Hubby so romantica kan..alhamdulillah...
i love suprises !!!
Been dreaming to have tiz type of chanel but harrods oso alhamdulillah :))
Sooo cute of iman bought me tiz with his own pocket money..love u very much son :)
Holiday in penang for t celebrations n holidays
 Solat here to thanks Allah swt for so much joy n happiness.....

Sorry bebeh, x larat nak tulis panjang panjang..next posting kita citer lgi ya, doakan kita bahagia dunia akhirat with my loved one ya, tqsm for that, take care, keep zikrullah, love u forever...

ohh gambo Birthday yang ke 43 kena taruk lah kasi anak cucu tenguk kan..hehe...

Friday, 25 May 2012

Rezeki makan makan lagi

Salam bebeh..semalam kita ada meeting kat subang , da abis meeting da kat pkl 3 so rasa lapo bebeno n then kita pun pi la makan kat serai empire subang , not bad, tasty n drinks dia pun ok tapi x ingat nama apa dah, lime with lots of mint leaves...alhamdulillah sangat sedap sbb orang belanja, murah rezeki kita kan..hehe

Masa tunggu seating tu duk merenung pavlova ni..yummm nyer inagt nak makan la tapi da terlalu kenyang so insyaAllah nanti nak g lagi n enjoy it sbb after tiz mmg kita selalu ada appt kat subang so bole la selalu datang sini enjoy their food.

Ok bebeh, rushing nk g ambil eya kat sunbest subang jaya, da start cuti sekolah kan, hubby nak bawa we all g cuti cuti kat penang..yeay bestnyerr..nanti kaita share kat sini ya

Alhamdulillah byk byk pada Allah swt yang bagi nikmat n today hari ni hari jumaat so keep zikir Allah, Allah Allah as much as we can..insyaAllah..take great care of yrself bebeh..love u muahhh...

Wednesday, 23 May 2012

Rezeki usah di tolak...

Salam bebeh..seram pulak tgk gigi kapla ikan ni kan, ni kari kepala ikan di Nasi Kandar kayu Ampang jaya petronas ampang, kita pergi breakfast kat situ dgn kawan kita, tgk syok berdiskusi tetiba de orang lambai lambai kat nun di depan, tgk tgk abg ipar kita n kakak kita yang sambut Birthday dia semalam yang melambai..

Kita baru abis makan sekeping capati n kawan kita baru abis makan tosei rawa, kakak kita datang cakap jom la join we all, nak makan kari kepala ikan tapi besor sgt for 2 persons, ni la orang kata rezeki datang secara tiba tiba kan so kita beralih lah ke meja kakak dan abnag kita nagkut segala air yang belum habis di minum..hehe

Kita bukan lah suka sgt makan kapla ikan ni, sesekali ok la, n rasanya pun so so je, kita lagi suka yang ori kari kepla ikan kg pandan, lagi kaww rasanya..tapi again alhamdulillah..syukr atas rezeki yang Allah bagi ...

Bebeh stop sini la ya, hub tgh migrain so kena picit kepala hubby la pulak..ok jumpa lagi di lain posting , upgrade our Zikrullah, love u, take care ya..wassalam...

Monday, 21 May 2012

Alhamdulillah for a very blessed day

Salam bebeh...indeed, dalam hidup yang sekejap ni kita kena banyak bersyukur..pagi tadi kita tenguk kt TV program kt astro oasis, kalau x silap nama dia sepahit peria, secangkir madu macam tu, program tu pasal OKU yang dipinggirkan keluarga duduk kat rumah kebajikan..kesian sangat tenguk dia org, most of them OKU perempuan down syndrome tu, cerita macam sama , parents passed away, then nobody wanna take care of them then dia org di hantar kat situ n nobody came n visited dia org even masa raya pun n its keep going on mcm tu for years, sedihkan..

So walau mcm mana pun problem kita, kita kena keep counting our blessing , imagine dia org sort of trapped in their physical bodies cam tu, do they have choices nak ubah, dah la mcm tu, di pinggirkan pulak, kita yang melimpah ruah kasih sayang from hubby, anak anak ni still rasa x cukup, kita yang physical bole dikatakan sempurna, manis di pandang, masih rasa tak kena itu dan ini, mereka dalam program tu , rupa mereka seakan sama je semua, bila bercakap air liur meleleh macam budak kecik, they juz cant control it...aduhai betapa beruntungnya badan ni...syukur alhamdulillah ya Rabb n May Allah swt keep blessing them all the OKU's..insyaAllah...

Ustazah host program tu bagi tahu Allah swt Maha adil, mereka OKU's insyaAllah akan mendapa tempat yang baik di alam abadi sedangkan kita semua yang kononnya OK ini belum tentu nasib kita, ustazah tu juga ada share tentang seorang kawan beliau yang hilang deria matanya diwaktu umur 17 tahun, elok elok nampak tetiba buta, bila orang nyatakan simpati pada dia, dia kata jangan bersimpati pada dia sbb ada hikmah yang sangat besar dengan hilangnya deria penglihatan dia tu, sekarang dia hafaz 30 juzuk al Quran dengan Braile...aduhai..kita yang nampak ni pun jarang jarang membaca Al quran, mereka yang di landa musibah diberi keistimewaan sebegitu..masyaAllah...

Ok bebeh, keep counting our blessing n keep saying Alhamdulillah utk semua kurniaan Allah swt pada kita semua, insyaAllah apa yang tak dapat di dunia ni ada yang lebih baik untuk kita di Akhirat, sama sama kita Haqqul yakin tentang ini..insyaAllah

Bebeh...let do our zikrullah more n more on daily basis, reason being...perkara yang paling dikesali oleh ahli surga nanti ialah tidak berzikir dgn sebanyak banyaknya semasa didunia :-) hadis rasulullah saw diriwayatkan oleh muaz bin jabal r.a.


Ya bebeh, even by saying Ya Allah 1 billions times pun mungkin kita still menyesal sbb x sebut 2 billions times bila kita kat surga nanti, do our best to be ahli zikrullah sehingga hati yang berdenyut itu autonya dengan kalimah Allah, Allah, Allah..insyaAlllah


Take care bebeh, love u, always have , always will :))..insyaAllah..

Friday, 18 May 2012

u r always in my prayers

Salam bebeh...indahnya islam ni kan..tenguk tu kita diam diam doa kat orang pun , doa tu untuk kita sekali, untuk someone out there, kalau u read my blog, pls remember tiz, i will keep praying for u to becomes a solehah wife to yr kind hubby, insyaAllah kita pun jadi isteri solehah juga la, nanti kita jumpa kat surga ya..insyaAllah kan..aamiin

Hari ni kita sedih..ya la manusia kan ada ups n downs, dalam sedih kita tu, kita rasa bersyukur sangat sangat sebab hubby kita selalu supports kita no matter what, Alhamdulillah hubby kita adalah  antara doa yang makbul Allah swt kurniakan pada kita, sbb pe tau, sebab dulu masa kita buat solat hajat minta Allah swt temukan jodoh kita dengan hubby sebagai hadiah untuk kita, despite all the challenges, alhamdulillah jodoh kita dgn hubby mmg kuat n until now kita sentiasa bersyukur dengan priceless hadiah dari Allah swt utk kita...hubby kita yang sangat loving n caring..x tahu la citer kat depan kan tapi insyaAllah kita dapat rasakan hubby mmg tulus sayang kan kita macam kita sayang kan dia dan anak anak..insyaAllah..

ok bebeh since kita dah tahu pasal rahsia doa diam diam ni jom la kita pakat pakat doa untuk orang yang kita sayang or kita tak sayang, kita terbaca somewhere yang musuh kita kat dunia ni dua saja, iblis@syaitan dan nafsu kita sendiri, yang lain tu semua bukan musuh kita, kita doakan yang baik baik untuk semua orang insyaAllah good things will happens to us oso, kita pun de seorang kawan yang kita sayang, kita selalu doakan dia supaya Allah swt bagi petunjuk supaya kawan kita ni kembali ke pangkal jalan sbb dia hanyut betul dgn segala dosa dosa besar yang kalau ajal dia datang menjemput dia sebelum bertaubat kita tak tahu lah nak kata macam mana, insyaAllah semoga Allah swt makbulkan doa kita untuk dia mendapat hidayah Allah swt soon, orangnya baik sangat sbb tu kita sayang dia..

Ada sorang lagi ni seorang Dato yang punya hartanah bernilai ratusan juta ringgit di mana mana lah kat muka bumi ni, kita tak lah nak asyik bagi tahu kita ni kenal dato tu, jutawan ni tau, tapi alhamdulillah sepanjang hidup kita ni mmg Allah jumpakan kita dgn orang orang macam ni untuk kita belajar sesuatu dari mereka rasanya, nak dapat aura jutawan tu belum lagi la pulak ya..soon insyaAllah..hehehe

Ok cerita dato ni, sedih sangat..beliau x tahu siapa mak dia yang sebenar, dia try traced mak dia yang katanya seorang yang kerjanya tak berapa bagus tu...sbb masa dia dilahirkan mak dia tinggalkan dia kat gereja di pulau pinang, dia membesar kat gereja tu dgn nun yang till now jadi mak angkat dia, nun tu masih hidup dan sekarang ada digereja di rome..

Masa dia dah nak sekolah , ada sepasang suami isteri melayu ambil dia dari gereja tu dan jadikan dia anak angkat tapi malangnya tiada kasih sayang yang diberi pada dia, sebaliknya dia didera sepanjang hidup dengan pasangan tersebut..Tapi alhamdulillah rasanya masa duduk dgn pasangan ni la dia belajar tentang islam dan tahu mengucap dua kalimah syahadah...

So masa dia remaja dia buat segala kerja untuk menyara diri sendiri dan bila dia dah besar dia pergi cari mak angkat dia kat rome tu, then kat sana lah dia belajar berniaga etc dengan kawan yahudi dia, dia buat business spices bawa dari indonesia jual kat europe dengan harga yang tinggi, dia buat biz batu permata etc dan bila dah ada modal dia mula beli property all over t world, maka dengan tu jadi lah dia seorang multi millionaires or mungkin lebih dari tu kot..

Yang sedih nya dia bagitahu kita sepanjang hidup dia, dia tak pernah merasa kasih sayang yang sebenar dari sesiapa, dia kahwin cerai banyak kali sbb most wives nak harta dia je, dia bagi tahu he is very lonely even dia ada banyak duit, yang sedihnya dia adalah seorang free thinker, he did mengucap dua kalimah syahadah tapi x pernah solat etc, dia citer pernah dia ikut kawan pergi haji tapi hanya pergi sekadar tenguk kaabah saja, kesian kan...

Dia bagi tahu kita kalau dia mati nanti,  terpulang lah mcm mana jenazah dia nak diuruskan macam mana, kalau mati di rome may be mak anagkat dia akan buat mcm org kristian buat la, kalau kat thailand, x wife dia bakar, kalau kat malaysia ada sorang dato yang baik dgn dia insyaAllah akan uruskan secara islam, sedih kan macam tu..tapi lately dato ni merajuk gan kita tak tahu kenapa, call pun x mo angkat so lama jugak kita x jumpa dia, diam diam kita selalu doakan semoga Allah swt memberi rahmat dan hidayah pada beliau sebelum ajal datang menjemput beliau..insyaAllah...

Ada beberapa orang lagi yang kita selalu doakan mereka kalau kita ingat lah, jangan lah kedekut nak doakan orang lain tau, sbb Allah swt Maha Pemurah, doa kita utk mereka, kita pun dapat rahmatNYA..insyaAllah..

OK la bebeh, kita stop sini dulu ya, nak abiskan kopi o kita ni ha, semalam kat TV de kuar kata minum kopi boleh panjangkan umur..hehe, saje la dia org ni kan, dalam islam nak panjang umur senang je, selalu jaga silaturrahim sesama kita, insyaAllah panjang la umur..kita notice minum kopi ni akan buat kita selalu rasa nak mmanja manja dengan hubby..oppps...hehe..ce cuba mane tahu kot betul, x rugi kan..

Bebeh, take care ya, zikir la byk byk sbb nanti kat sana kita akan rasa rugi sangat x berzikir masa kat dunia ni bila tenguk kurniaan Allah swt pada orang yang sentiasa berzikir padanya..insyaAllah untung sangat sangat jadi orang yang selalu berzikir ni..ok kita roger n out dulu k.. love u bebeh..muahhhs

Thursday, 17 May 2012

Khamis yang damai

Salam bebeh..kita baru nak brunch ni, hik hik tadi kt umah spent time buat keja sikit so lapar la pulak, teringin nak garlic bread n telur tu yang datang sini, malas nk buat sendiri la pulokk..sesekali manjakan diri kan..hehe

kita kan ada kenal seorang jutawan muda, kacak  dan baik orangnyer..nasib kita da kawin kalau x mmg kita ngorat..muahaha.. tapi tiz guy diuji dengan pemergian isteri tercinta di kala beliau sedang menikmati kejayaan dalam kerjayanya, masa kita kenal tu isteri beliau dah pergi lebih kurang dalam 6 bulan kot, kesian sgt dgn dia sbb wife dia meninggal sudden death, sakit belakang minta hubby urut tetiba passed out dan meninggal, kesian kan, beliau tinggal lah bersama 2 orang anak perempuan yang masih bersekolah rendah masa tu di banglo yang baru beliau beli di suatu tempat elit di KL ni..kesian masa tu mmg dia lonely sgt sgt, so being a good listener kita pun jadi close dgn dia la, tempat dia mencurah rasa hati yang sepi sbb x de wife kan..opppss jgn fikir bukan bukan ya, tak de skandal kat sini tau, semua based on sincere friendship semata mata sebab kita pun sebok lah carikan bakal isteri baru utk beliau..

so dah tersurat dia dapat jodoh after a year wife dia pergi, ok la, kita pun kenal that lady, baik dan funny orangnya, anak dara lagi so kita doakan dia org bahagia selamanya lah kan...

yang kita nak citer kat sini ialah betapa bertuahnya late wife beliau tu, he told me dia redha dgn wife dia walaupun jodoh mereka berakhir dengan ajal wife datang menjemput dulu, dan khabarnya dari mereka yang pernah jumpa late wife dia, arwah seorang yang sangat sweet dan baik, kita tak sempat kenal la pulak, x de rezeki kan..

kita terfikir hadis yang mengatakan jika seorang isteri itu meninggal dan suami ampunkan dosa dosa dia dan redha padanya , isteri boleh pilih pintu surga mana pun nak masuk ke surga, Ya Robb, she must be very very lucky kan..bestnyer kalau kita pun cam tu gak...

Kalau tenguk mata kasar new wife beruntung bebeno sbb nikah dgn jutawan muda, lps nikah je sebijak kancil new wife bertukar pada BMW 5 series brand new, bertuah badan kan..hahaha, tapi late wife pulak dah tentu dapat redha suami kat alam sana sure lagi BEST, tapi kalau orang yang x fikir macam tu mesti fikir kesian late wife x sempat nak merasa senang dgn suami...

Itu lah kita kalau selalu ingat dunia ini hanya persinggahan sahaja, insyaAllah kita tak heran kesenangan dunia, bagi si isteri Redha suami yang di cari sbb redha suami redha Allah swt, kita doa biarlah kita pergi dulu dalam redha suami kita so insyaAllah janji Allah dapat kita nikmati di sana...

Ok bebeh, tu je nak share today, lets do our BEST to get Redha suami no matter what pada yang bersuami, dan redha ibubapa pada yang belum ada suami k..love u, zikir byk byk tau, take care, jumpa lagi di lain posting k...muahhhh...

Wednesday, 16 May 2012

Doakan guru guru kita..insyaAllah

salam bebeh...hari ni Teacher's day kan...so  ce tenguk pesan ulama' kesayangan kita ni.. so jom sama sama doakan guru guru kita especially mak ayah  kita yang jadi guru sepanjang kehidupan kita kan.. teringat cikgu ajar mengaji kita..moga Allah swt rahmati mereka di sana, sempoi je cikgu ngaji kita, ada la jugak dalam 10 orang..hehe..ramai... sbb kita tukar tukar cikgu ngaji suka suka ati kita...

kita pun de niat nak jadi cikgu ngaji tapi bila tah akan jadi realiti, doakan kita ya, nak jadi cikgu ngaji yang beriya tu idak la, kita leh la jadi cikgu ngaji tradisional mcm kita belajar ngaji dulu la..so sapa nak jadi murid mengaji kita jom le..hehehe..

ok bebeh..pendek je hari ni, take care zikir banyak banyak, sedekah banyak banyak, solat jangan tinggal, taat pada ibu bapa dan suami to those yang de suami k..love u , always have, always will..insyaAllah..

Friday, 11 May 2012

Blessed Blessed Friday..



Salam bebeh..datang lagi hari jumaat yang mulia, hari raya mingguan orang islam di surga, best kan nanti kat surga kita raya every week, pernah baca ni kat kereta mayat blog, hari jumaat sangat ditunggu tunggu oleh mereka yang berada dalam surga sbb kita kat sana saling ziarah menziarahi surga masing masing, kat surga kan ada 7 level, dari yang biasa biasa pada yang vvip, vvip of coz surga Rasulullah saw kan so ada hari kita pi ziarah baginda, bestnyer cuma terfikir pulak, kat level mana kita semua nanti ya, doa doa pada Allah swt biarlah kat sana VIP pulak, sbb kat dunia ni da biasa biasa je kan,  kalau biasa biasa jugak mmg rugi la kan, so nak jadi VIP kenalah banyak berzikir dan juga bersalawat pada Rasulullah saw, satu lagi buat baik pada anak yatim, sbb ada hadis Rasulullah saw yang Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad).So insyaAllah sesiapa yang memuliakan anak yatim akan begitu dekat dengan Rasulullah saw di surga, best kan...


By the way nak cerita tadi hari Jumaat semua orang tunggu tunggu  sangat sebab hari jumaat hari kita ziarah Allah swt...Masya Allah...masa baca tu terus rasa sebak sangat sangat, ni pun sebak juga, sebab x boleh nak bayang kita boleh jumpa Allah swt personally nanti, ultimate nikmat bagi seorang hamba adalah nikmat dapat memandang penciptaNYA kan ( ni ada diceritakan dalam surah yasin yang salamun qaulam minrabbilrahim tu)..insyaAlllah, InsyaAllah, InsyAllah, cant wait for that ultimate moments dan semoga kita semua jadi VVIP kat surga nanti insyaAllah dengan izin Allah swt jua...


Terlanjur cerita pasal anak yatim ni kita ada satu pengalaman mendengar dari mulut seorang dato yang memuliakan anak yatim, bagaimana rezeki beliau dari seorang yang bekerja sebagai pengutip sampah MPK berubah menjadi seorang ahli korporat yang sangat berjaya, tetiba kita lupa nama dato tu anyway tak apa, sesiapa yang biasa kat kajang kalau u all lalu nak ke bandar kajang dari cheras , u all akan nampak satu masjid yang ada sign board ada nama dato ni, nama dia unik sikit, tapi kalau kat kajang mmg semua orang kenal dato ni rasanya...


Dato ni bercerita masa dia jadi tukang kutip sampah MPK tu , amalan dia bila dapat gaji dia akan pergi ke rumah anak yatim, bagi duit kat few selected anak yatim, usap kepala mereka dan minta mereka doakan rezeki beliau bertambah melimpah ruah, dengan izin Allah swt, rezeki beliau dikurniakan Allah swt melalui berbagai projek pembinaan  dan masa kita jumpa dia tu, beliau terlibat dalam projek pembinaan  KL sentral so imagine la betapa kayo nyer dato tu kan, so janji Allah swt sesiapa memuliakan anak yatim, dunia akhirat pasti Allah swt bagi balasannya. Until now dato tu still taking care of anak anak yatim, MasyaAllah, ini rahsia jadi kaya , ana tahu tapi ana tak amal sbb tu anak tak kaya kaya..hehe


So insyaAllah lepas ni sama sama lah kita memuliakan anak anak yatim terutamanya anak anak yatim yang belum akil baligh, yang kecil comel tapi dah kehilangan tenpat bergantung , lagi pulak anak yatim piatu macam Rasulullah saw..


Kita berdoa sesapa jadi PM lepas PRU13 nanti semoga dibukakakn pintu hati beliau memuliakan anak anak yatim dengan membuka kompleks anak yatim untuk semua anak anak yatim seluruh negara, bagi mereka best facilities etc so dengan itu negara kita juiga akan dirahmati Allah swt hendaknya..amin Ya Robb, Ya Robb, Ya Robb...


Ok bebeh, nk bekfes jap, penuhi hari yang mulia ni dengan menyebut Ya Allah byk byk k, kita sama sama buat setiap masa dan ketika sbb nanti kat surga pasti itu yang kita sebut bila kita jumpa Allah swt kan..insyaAllah...


OK bebeh Take care, Biar leka dalam berzikir dari leka lansung tak berzikir..love u very much...muahhhh....



Thursday, 10 May 2012

Amalan mengikat kasih suami isteri

Salam bebeh..sebelum tido teringat pulak nk update blog ni..hehe, thanks to marya n dieya yang motivates me to keep writing, love u both bebeh :)

Kita jumpa lagi satu blog yang very funny, very interesting, check it out here kereta mayat, funny giler the way he wrote his blog but again de banyak benda ynag buat kita insaf sbb kita semua pasti akan jadi mayat n kalau de rezeki naik kereta mayat untuk di hantar ke kubur... Astagfirullahalazim..

Banyak tips untuk kebahagiaan rumah tangga ada kt blog tu, sgt sgt best... ada satu yang kita rasa bagus sangat untuk kita amalkan ialah...Setiap malam seorang suami perlu mengucapakan terimakasih pada isterinya sebelum tidur dan seorang isteri perlu memohon maaf dari suami untuk apa jua dosa pada hari tersebut..

Kita mmg selalu salam n kis s kiss (hehe)  gan hub masa nk masuk tido sbb hub mmg suka tido lambat sometimes tgk bola etc, kita selalu tido awal, by 12 da nak zzz, tapi x la minta ampun mcm masa raya kan..n hub pun x la thanks me pulak tapi peh ni nak amalkan bcos rasa best sgt benda ni utk kita amalkan sebagi pengikat kasih kami berdua..chewah..insyaAllah mmg nak buat jadi amalan ni..jom jom kita buat sesama ya..hehe

Ok nk tido da ni, take care bebeh, maaf kalau kita pun de buat salah kt sesapa n kita pun insyaAllah cuba lah maafkan sesapa jua walau di mana anda berada, nite nite bebeh, love u, jgn lupa zikir sampai terlena k...muahhh...

Zikrullah

Salam bebeh,lamanya x bersiaran ..ntah kenapa rasa mals nak update blog ni mcm x bole nak lawan, tapi sayang pulak sbb ya lah niat asal nak anak cucu baca kan, nanti dia org baca eh lamanya nenek/moyang ku x updates, nape ya..hahaha bole g2...

Anyway hari ni hari khamis so kalau ikut imam ghazali eloklah kita berzikir seperti yang di atas 1000 kali, tak kisah lah sekali seating ke, lps solat 200 kali kali 5 ke, or bebila senang sbb zikir ni paling senang kita nak amal, sbb bila bila pun kita bole buat except dalaam toilet la, kita x de wudhuk pun ok je, diaman sahaja, bila bila pun x pe, janji kita ingat pada Allah swt...


- Rahsia Zikir -
Dalam sebuah firmanNya Allah mengingatkan dan menjelaskan, sesungguhnya orang yang berzikir itu mendapat keuntungan. Allah tidak sengaja memberi penjelasan itu apa lagi bertujuan untuk menipu kerana Dia terpelihara dari sifat-sifat keji begitu. JanjiNya adalah tepat dan benar. Sudah tentu orang yang mengingatiNya (berzikir) itu akan mendapat keuntungan dan pahala yang besar, baik di akhirat ataupun di dunia ini.
FirmanNya.......
"Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat."
Al-A'laa 14-15


So bebeh jom la kita sama sama banyak berzikir pada Allah swt, semoga dengan itu hati kita semua jadi bersih dan bila tiba masanya kita kembali pada Allah swt, Allah swt redha pada kita hendakNYA..insyaAllah..

ok bebeh, sampai sini je dulu, ketemu lagi di lain posting, insyaAllah, take care bebeh, love u, always have, always will....insyaAllah...